
Dakwaan di media sosial bahawa sebilangan besar sekolah di Kota Kinabalu dan daerah berhampiran, Penampang, merekodkan lonjakan jangkitan adalah tidak benar, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Masidi Manjun.
“Hanya lima sekolah ada kes positif, iaitu SJK(C) Shan Tao KK dengan tiga kes, SJK(C) Chung Hwa Likas (satu), SJK (C) Chung Hwa KK (dua) and SM Shan Tao (tiga),” kata beliau, yang juga jurucakap Covid-19 negeri, dalam taklimat harian hari ini.
“Satu lagi sekolah adalah SRK Lok Yuk Likas di mana seorang guru disahkan positif pada Februari.”
Sementara itu, Masidi berkata, Sabah merekodkan 160 kes dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu sebanyak 57,324.
Seramai 994 pesakit masih dirawat di hospital, pusat kuarantin dan rawatan risiko rendah, serta pusat tahanan sementara bagi pendatang tanpa izin atau penjara.