Polis bukan sekadar singgah, ada libat langsung bersama sekolah, kata Saifuddin

Polis bukan sekadar singgah, ada libat langsung bersama sekolah, kata Saifuddin

Menteri dalam negeri berkata pihak berkuasa itu perlu kreatif dengan pelbagai sesi penglibatan termasuk pemeriksaan lebih teratur.

sekolah student
KDN menerusi polis diarah Kabinet untuk tampil lebih kerap di kawasan sekolah, kata Menteri Saifuddin Nasution Ismail.
PETALING JAYA:
Polis akan meningkatkan kehadiran mereka di sekolah dalam masa terdekat dan menegaskan kehadiran pihak berkuasa bukan sekadar ‘singgah’ sahaja, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, tindakan itu diambil selepas Kabinet mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui polis untuk tampil lebih kerap di kawasan sekolah dalam usaha kerajaan mengekang aktiviti jenayah dalam kalangan remaja.

“Kami perlu tingkatkan rondaan ini yang bersifat omni-presence, maknanya, keberadaan pasukan polis di sesebuah sekolah,” katanya menurut Bernama selepas merasmikan Simposium Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia 2025, di Alor Gajah.

Beliau berkata, selain keberadaan secara omni-presence itu, polis juga diminta tampil dengan program lebih kreatif bagi meningkatkan kesedaran murid dan pelajar mengenai aktiviti jenayah.

“Maksudnya, polis mesti menyusul dengan (antaranya) kekerapan jadual lawatan, kena ada penglibatan yang lebih langsung dengan pihak sekolah…ia berbeza dengan melawat dan singgah sahaja.

“Dia (polis) kena lebih kreatif tampil dengan pelbagai sesi penglibatan, lawatan yang lebih kerap, pemeriksaan lebih teratur, kemudiannya khidmat nasihat kepada semua pihak berkepentingan,” katanya.

Semalam, Saifuddin dilaporkan berkata KDN menerusi polis akan meningkatkan rondaan serta kehadiran anggota polis di kawasan sekolah sebagai langkah menyokong dasar keselamatan digital pelajar yang diperkenalkan kerajaan.

Beliau dipetik berkata langkah itu adalah sebahagian tindakan bersepadu merangkumi aspek pendidikan, pencegahan, dan penguatkuasaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.