
Ketua Polis Klang Utara, S Vijaya Rao, berkata pihaknya menerima laporan mengenai berita sedih membabitkan seorang kanak-kanak istimewa itu menjelang Subuh.
“Mangsa yang juga murid pendidikan khas berusia lapan tahun disahkan meninggal dunia kira-kira 4.30 pagi.
“Hasil siasatan mendapati mangsa disahkan dijangkiti Influenza A, manakala seluruh ahli keluarganya turut positif wabak sama,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Vijaya Rao berkata pihak Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah pencegahan termasuk pemeriksaan terhadap ahli keluarga serta pemantauan bagi mengawal penularan jangkitan di kawasan berkenaan.
Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.