
Ketua Polis Petaling Jaya, Shamsudin Mamat, berkata setakat ini pihaknya belum menerima laporan patologi.
“Kami belum terima laporan patologi. Pihak kami belum dapat sahkan,” katanya menurut Harian Metro.
Terdahulu, dalam sidang media diadakan ketika upacara penghormatan terakhir anaknya, Wong Lee Ping, berkata kebanyakan kesan tikaman tertumpu pada bahagian kanan badan.
Beliau turut merayu kepada orang ramai supaya berhenti menyebarkan maklumat tidak benar mengenai kes itu, terutama dakwaan mangsa dicabul sebelum meninggal dunia.
Remaja perempuan itu maut ditikam di SMK Bandar Utama Damansara (4) kira-kira 9.30 pagi Selasa.
Polis merampas dua senjata tajam dipercayai digunakan suspek lelaki berusia 14 tahun yang kini direman.