
Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, memberitahu pemberita bahawa polis sedang menentukan platform yang digunakan untuk membeli senjata tersebut.
Ditanya bila suspek membeli senjata tersebut, Shazeli pada sidang media di IPK Selangor menjawab: “Untuk suatu tempoh yang lama.”
Beliau turut mengesahkan bahawa pisau digunakan untuk menikam mangsa.
Berkenaan bedah siasat, Shazeli memaklumkan punca kematian mangsa adalah ‘multiple stab wounds to the neck and chest’ (beberapa luka tikaman pada leher dan dada), menurut laporan.
Polis menunggu laporan penuh tentang bilangan kesan tikaman, katanya.
Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi semalam, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di Bandar Utama Damansara (4) dilaporkan maut selepas ditikam seorang pelajar lelaki, 14.
Terdahulu, Mahkamah Majistret membenarkan pelajar terbabit ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Pada sidang media tadi, Shazeli memaklumkan polis setakat ini telah merekodkan keterangan daripada 57 saksi, termasuk pelajar, ahli keluarga, dan guru.