GRS-PH muktamad agihan kerusi, kata Hajiji

GRS-PH muktamad agihan kerusi, kata Hajiji

Pengerusi GRS berkata jumlah kerusi dipersetujui akan diketahui pada hari penamaan calon.

hajiji
Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor yakin mandat rakyat akan dikembalikan kepada GRS-PH berdasarkan rekod cemerlang pentadbiran selama lima tahun.
PETALING JAYA:
Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor berkata pihaknya sudah memuktamadkan agihan kerusi bersama Pakatan Harapan (PH), menjelang PRN Sabah.

Hajiji berkata, jumlah kerusi dipersetujui dua gabungan itu akan diketahui pada hari penamaan calon, selain pengumuman tawaran manifesto selepas penamaan calon.

“Kami akan menawarkan yang terbaik kepada rakyat Sabah,” katanya ketika ditemui selepas melawat Sekolah Agama Negeri (SAN) Pekan Tambunan.

Beliau menzahirkan keyakinan mandat rakyat akan dikembalikan kepada GRS-PH berdasarkan rekod cemerlang pentadbiran selama lima tahun.

“Kami telah mencapai banyak kejayaan melalui pelbagai program sosioekonomi untuk rakyat.

“Kami telah membawa pelaburan berimpak tinggi bagi merancakkan pembangunan ekonomi Sabah,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan PH menyasarkan 23 kerusi untuk ditandingi pada PRN Sabah, dengan PKR dijangka bertanding 13 kerusi, manakala DAP dan Upko berkemungkinan bertanding masing-masing lima kerusi.

Namun, Setiausaha Agung GRS Masidi Manjun, berkata gabungan itu akan bertanding 55 kerusi, meninggalkan 18 kawasan kepada PH.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.