BUDI95 diperluas ke lebih 1,400 bot persendirian Sarawak

BUDI95 diperluas ke lebih 1,400 bot persendirian Sarawak

Kementerian Kewangan aktifkan kelayakan itu berdasarkan data diperoleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak

Lebih 1,400 pengguna bot persendirian di Sarawak menikmati subsidi BUDI95. 
PETALING JAYA:
Lebih 1,400 pengguna bot persendirian di Sarawak akan menikmati subsidi di bawah Budi Madani RON95 (BUDI95) susulan perluasan kelayakan oleh Kementerian Kewangan (MoF).

MoF berkata tambah baik berperingkat itu sebelum ini diperluas kepada pengguna bot di Sabah dan mereka yang berdaftar di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) minggu lalu,

“BUDI95 kini turut diperluaskan kepada pengguna bot berdaftar di Sarawak.

“Berdasarkan data diperoleh daripada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan agensi kerajaan negeri berkaitan, MoF telah mengaktifkan kelayakan BUDI95 kepada lebih 1,400 pengguna bot persendirian berdaftar di negeri itu,” katanya dalam kenyataan media.

Menerusi BUDI95, harga RON95 dikurangkan kepada RM1.99 seliter dan dinikmati semua warganegara berusia 16 tahun ke atas yang memiliki lesen memandu sah, dengan pengesahan dilakukan menggunakan MyKad.

Warga asing dan pembeli lain yang tidak layak dikenakan caj RM2.60.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.