Kerajaan jimat RM800 juta sejak BUDI95 dilaksana

Kerajaan jimat RM800 juta sejak BUDI95 dilaksana

Setiap hasil penjimatan dipulangkan semula kepada rakyat melalui STR dan SARA, selain perkukuh prasarana negara, kata PM.

PETROL BUDI95
Di bawah program BUDI95, semua pemegang MyKad berusia 16 tahun ke atas dengan lesen memandu aktif layak beli RON95 bersubsidi pada harga RM1.99 seliter, berbanding RM2.60 seliter tanpa subsidi.
PETALING JAYA:
Kerajaan berjaya menjimatkan RM800 juta hingga kini hasil pelaksanaan program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) sejak 30 Sept lalu.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, penjimatan itu dicapai hasil penyasaran subsidi minyak secara lebih berkesan supaya hanya dinikmati rakyat Malaysia, mengekang ketirisan yang sebelum ini melibatkan lebih 3.5 juta warga asing, serta penyeludupan puluhan ribu liter minyak ke luar negara.

“Setiap hasil penjimatan itu dipulangkan semula kepada penduduk melalui STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dan SARA (Sumbangan Asas Rahmah), selain digunakan bagi menaik taraf klinik dan hospital, memperbaiki jalan raya serta memperkukuh prasarana negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut perdana menteri, penyasaran subsidi minyak sedemikian, yang telah dibincangkan sejak lebih 20 tahun oleh kerajaan terdahulu, akhirnya direalisasikan dengan langkah berani kerajaan Madani melaksanakan BUDI95.

Di bawah program BUDI95, semua pemegang MyKad berusia 16 tahun ke atas yang mempunyai lesen memandu aktif layak membeli RON95 bersubsidi hingga 300 liter sebulan pada harga RM1.99 seliter, berbanding RM2.60 seliter tanpa subsidi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.