Anak bekas Adun lemas di kolam renang hotel

Anak bekas Adun lemas di kolam renang hotel

Nurhazwani Abd Halim yang juga pensyarah di Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Pahang ditemui tidak sedarkan diri kira-kira 5.30 petang Sabtu.

Pihak pengurusan dan warga kerja UiTM Cawangan Pahang mengucapkan takziah atas pemergian Nurhazwani Abd Halim semalam. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang pensyarah wanita yang juga anak bekas Adun Permaisuri, Abd Halim Jusoh ditemui lemas dalam kolam renang sebuah hotel di Chukai, Terengganu semalam.

Nurhazwani Abd Halim, 34, yang bertugas di Akademi Pengajian Bahasa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang ditemui suaminya dalam keadaan tidak sedar diri kira-kira 5.30 petang Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Kemaman, Wan Muhamad Wan Ja’afar, berkata arwah bersama ahli keluarganya mendaftar masuk ke hotel itu kira-kira 4 petang semalam.

“Dia bersama suami dikatakan mandi di kolam hotel kira-kira 4.30 petang. Selepas hampir sejam kemudian, dia tiba-tiba disedari lemas oleh suaminya,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan jenazahnya dibawa ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.