Budak 3 tahun maut dipercayai didera, lelaki ditahan

Budak 3 tahun maut dipercayai didera, lelaki ditahan

Polis menahan suspek berusia 32 tahun untuk membantu siasatan kematian kanak-kanak perempuan itu.

handcuff gari
Suspek yang mempunyai rekod jenayah dadah ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dipercayai akibat didera di Kampung Rampangi, Santubong, Selasa lalu.

Ketua Polis Kuching, Alexson Naga Chabu berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berumur 52 tahun semalam, yang mendakwa anak kawannya telah meninggal dunia pada 9.45 malam.

Menurutnya, hasil siasatan awal dipercayai mangsa telah didera sehingga mati.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kuching berjaya menahan seorang lelaki berusia 32 tahun kira-kira 11 pagi hari ini di Kampung Krian, Jalan Padawan.

“Suspek mempunyai enam rekod lampau jenayah dadah. Hasil ujian saringan awal air kencing ke atas suspek didapati positif dadah,” katanya dalam kenyataan.

Alexson berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta tidak kurang daripada 12 kali sebatan.

“Orang ramai mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi pusat kawalan IPD Kuching di talian 082-24444 atau pegawai penyiasat kanan jenayah Chris Olsen Ramlee di talian 013-8607572 bagi membantu siasatan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.