
JKNJ memaklumkan SQS dalam fasa pengujian sejak 1 Julai lalu dan dijadualkan akan berakhir pada 31 Okt ini, melibatkan sebanyak 33 klinik pakar.
Sistem itu bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan membabitkan pesakit, dan JKNJ mengalu-alukan maklum balas orang awam bagi usaha penambahbaikan.
Katanya, beberapa gangguan teknikal dikenal pasti dan tindakan pembetulan segera dilaksanakan, sepanjang tempoh pengujian. Proses penstabilan dijangka selesai hujung tahun ini, melibatkan pemindahan data hampir 400,000 pesakit luar.
HSAJB juga menetapkan pemantauan sistem secara proaktif oleh pasukan teknologi dan komunikasi, dan menyediakan pelan kontingensi bagi membolehkan perkhidmatan beralih kepada sistem manual sekiranya berlaku gangguan.
“JKNJ memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami pesakit sepanjang tempoh peralihan ini,” menurut kenyataan.