PRN Sabah: Kenyataan awal ada salah faham, kata Kitingan

PRN Sabah: Kenyataan awal ada salah faham, kata Kitingan

Jeffrey Kitingan kata Sabah mesti ditadbir oleh anak jati Sabah melalui parti-parti yang berpangkalan di Sabah.

jeffrey kitingan
Jeffrey Kitingan mahu mencontohi kerajaan Sarawak. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Jeffrey Kitingan, ingin menjelaskan kenyataan awal mengenai “bekerjasama dengan parti-parti Malaya” selepas PRN Sabah.

Kitingan berkata, apa yang dimaksudkan ialah STAR terbuka untuk bekerjasama dengan kerajaan persekutuan sekiranya parti itu membentuk kerajaan Sabah.

Beliau menyatakan harapan untuk mencontohi kerajaan Sarawak, yang ditadbir sepenuhnya oleh Gabungan Parti Sarawak yang berpusat di Sarawak, manakala parti-parti yang berpangkalan di Malaysia Barat adalah pembangkang.

“Inilah model yang ingin kami bina di Sabah. Kami akan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan apabila perlu, tetapi Sabah mesti ditadbir oleh anak jati Sabah melalui parti-parti yang berpangkalan di Sabah.

“Itulah rupa autonomi sebenar. Kerajaan serantau yang dibina dan dipimpin oleh rakyat sendiri dan hanya bertanggungjawab kepada mereka,” menurut kenyataan.

Kitingan menambah kenyataan awalnya disalah faham, dan berkata fokusnya adalah membina gerakan politik yang mengutamakan Sabah.

Dalam kenyataan malam tadi, Kitingan berkata beliau sedang membentuk pakatan baharu yang digelar Gerakan Sabah Baharu untuk PRN, susulan pengunduran partinya daripada Gabungan Rakyat Sabah.

Beliau juga berkata STAR tetap “terbuka bekerjasama dengan parti persekutuan atau dari Semenanjung Malaysia selepas PRN17.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.