
Pengarah JHEAINS Mohd Asri Abdullah berkata, program itu akan berlangsung setiap Sabtu dan Ahad bermula 11 Okt ini sehingga Mac 2026.
“Mereka akan menghadiri kelas pengajian yang menyentuh aspek akidah dan ibadah supaya setiap amalan adalah selari dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Program ini akan melalui empat fasa iaitu induksi, pemulihan, pemantapan dan khidmat sokongan,” katanya dalam kenyataan.
Mohd Asri berkata, bagi menjayakan pelaksanaan program ini, JHEAINS turut bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri serta polis.
Dalam pada itu, katanya, satu sesi taklimat dilaksanakan Sabtu lepas bagi menyantuni bekas ahli, melibatkan 69 dewasa berusia 18 tahun ke atas dan 79 kanak-kanak serta remaja berusia antara empat tahun hingga 17 tahun.