
PETALING JAYA: Warga emas lemas dalam longkang besar di hadapan rumahnya selepas dilaporkan hilang sejak semalam, dalam kejadian dekat Kampung Pida 12 Lama, Jitra.
Mangsa wanita berusia 88 tahun dilihat terapung di permukaan air sebelum orang awam menghubungi bomba untuk dibawa naik.
Ketua Balai Bomba Jitra Noor Azhar Tajudin, berkata sepasukan anggota dihantar ke lokasi sebaik menerima panggilan 1.46 tengah hari.
“Anggota membawa mangsa ke darat sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Berita Harian.