
Difahamkan, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu terlepas daripada genggaman ibunya sebelum dihanyutkan arus deras di Kampung Bangkulut Imbak itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Hairi Otuh, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.46 malam sebelum lima anggota dikejarkan ke lokasi.
Katanya, anggota tiba kira-kira jam 3 pagi berikutan jarak lokasi itu sejauh 169 kilometer dari balai.
“Paras air sungai naik mendadak dipercayai akibat kepala air.
“Mangsa pertama iaitu wanita warga Indonesia ditemui kira-kira 250 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
“Mangsa kanak-kanak pula ditemui sekitar jam 4 pagi tadi, kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa pertama,” katanya ketika dihubungi, menurut Berita Harian.
Menurutnya, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Tiada operasi pemindahan dilakukan kerana air sungai surut sepenuhnya dan operasi ditamatkan kira-kira jam 5 pagi,” katanya.