
Masidi berkata mesyuarat majlis presiden GRS pada malam Rabu, yang berlangsung selama hampir dua jam, berjalan dengan baik dan ramah, sambil berseloroh bahawa pihak lain pasti akan terkejut melihatnya.
“Kami bercakap seperti kawan. Kami masih kawan dan akan terus berkawan,” katanya, menurut laporan The Borneo Post.
Beliau menggesa semua pihak bertenang, mengingatkan fikiran tenang dan tenteram akan membawa kepada keputusan yang lebih baik.
“Saya tahu pilihan raya penting, tetapi pada saya, anda membuat keputusan yang lebih baik apabila anda tenang… Kita mungkin tidak bersetuju antara satu sama lain, tetapi itu tidak bermakna kita perlu bermusuhan,” katanya.
STAR dan SAPP meninggalkan GRS selepas mesyuarat pada Rabu, bertegas bahawa GRS perlu bertanding PRN secara solo dan bukannya meneruskan pakatan dengan Pakatan Harapan (PH).
Pengerusi GRS Hajiji Noor berpendirian semua komponen harus menghormati pakatan yang dipersetujui dengan PH.
Beliau juga mahu mereka bertanding di bawah panji gabungan itu.
Dalam perkembangan berasingan, Masidi berpandangan belanjawan negeri hanya perlu dibentangkan selepas pilihan raya diadakan dan kerajaan baharu terbentuk.