Dunia kewartawanan berduka, Hishamuddin Aun meninggal dunia

Dunia kewartawanan berduka, Hishamuddin Aun meninggal dunia

Kesungguhannya pada penulisan Melayu yang cemerlang terserlah sejak keluaran pertama artikel beliau di FMT.

HISHAMUDDIN AUN
Hishamuddin Aun menyandang pelbagai jawatan penting dalam dunia kewartawanan dan aktif menulis di FMT.
PETALING JAYA:
Dunia media tanah air kehilangan seorang wartawan dan penulis disegani, Hishamuddin Aun, yang kembali ke Rahmatullah hari ini, pada usia 64 tahun.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris, Serdang akibat jangkitan Influenza A, selepas lebih sebulan ditempatkan di unit rawatan rapi, lapor Berita Harian.

Isterinya, Noorlinda Abd Talib, dilapor berkata, Hishamuddin akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sekamat, Kajang, pagi esok.

Hishamuddin meninggalkan seorang isteri, empat anak dan dua cucu.

Sepanjang kerjayanya, Hishamuddin menyandang pelbagai jawatan penting dan berpengaruh termasuk ketua pengarang Kumpulan NSTP, pengarang Harian Metro, pengarang sukan Berita Harian, serta penasihat di Astro Awani/Arena.

Sehingga ke akhir hayat, beliau aktif menyumbangkan buah fikiran sebagai kolumnis untuk FMT. Kesungguhannya pada penulisan Melayu yang cemerlang terserlah sejak keluaran pertama artikel beliau di FMT. Penulisannya boleh dibaca pada pautan ini.

Sementara itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengiktiraf sumbangan Hishamuddin kepada pembangunan industri media, menyifatkan beliau sebagai tokoh disegani.

“Dunia kewartawanan kehilangan seorang lagi personaliti besar dengan pemergian Datuk Hishamuddin,” katanya di platform X.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.