Tengku Ampuan Pahang buat lawatan mengejut ke FMT

Tengku Ampuan Pahang buat lawatan mengejut ke FMT

Kehadiran Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah adalah lawatan diraja pertama ke FMT.

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bergambar bersama kakitangan FMT.
PETALING JAYA:
Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah membuat kunjungan mengejut ke pejabat Free Malaysia Today (FMT) hari ini ketika menghadiri beberapa acara lain di kawasan berhampiran.

Sebaik tiba, bekas Permaisuri Agong itu terus beramah mesra dengan kakitangan FMT menerusi perwatakan biasa baginda yang sederhana.

Dalam kunjungan ringkas itu, Tunku Azizah yang disambut Pengerusi Eksekutif FMT Nelson Fernandez turut diberi penerangan mengenai operasi penerbitan berita setiap hari. Baginda juga bertanya tentang bagaimana kecerdasan buatan (AI) mengubah cara berita diproses dan diterbitkan.

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Pengerusi Eksekutif FMT Nelson Fernandez menyambut kunjungan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke pejabat FMT.

Sempena kunjungan itu juga, beberapa kakitangan FMT mengambil peluang bergambar bersama baginda.

Sementara itu, Pengarah Urusan, Azeem Abu Bakar, berkata FMT berbesar hati menerima kunjungan Tunku Azizah, yang merupakan tetamu diraja pertama.

“Ia satu penghormatan besar menerima kehadiran Kebawah Duli Paduka Baginda, walaupun hanya untuk lawatan singkat selama 20 minit.

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bergambar mesra bersama sekumpulan kakitangan kakitangan FMT.

“FMT bertuah kerana dapat membuat liputan pelbagai acara yang dihadiri Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tunku Azizah sejak zaman baginda berdua sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sehingga kini.

“Acara itu termasuk ‘Walk With Al-Sultan Abdullah: The King of Sports’ pada Oktober dan Gala Sports Flame pada Mei, dua acara yang meraikan tokoh sukan terkemuka Malaysia pada masa lalu, yang turut melibatkan FMT.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.