Dijanji pulangan USD500,000, bekas pengarah PTD rugi RM525,000

Dijanji pulangan USD500,000, bekas pengarah PTD rugi RM525,000

Polis berkata lelaki berusia 71 tahun itu melihat iklan pelaburan mata wang kripto di Facebook pada 23 Mei lalu.

Ketua Polis Kuala Terengganu Azli Mohd Noor berkata mangsa membuat tujuh transaksi ke akaun suspek menggunakan wang simpanan persaraannya.
KUALA TERENGGANU:
Seorang pesara rugi RM525,000 diperdaya sindiket pelaburan mata wang kripto tidak wujud.

Ketua Polis Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor, berkata lelaki berusia 71 tahun itu melihat iklan pelaburan mata wang kripto di Facebook pada 23 Mei lalu.

Beliau berkata, mangsa kemudian berhubung dalam talian dengan suspek dan membuat pelaburan RM525,000 selepas dijanjikan pulangan sebanyak USD500,000.

“Mangsa yang merupakan bekas pengarah pegawai tadbir diplomatik (PTD) membuat tujuh transaksi ke akaun suspek dari 20 hingga 27 Ogos lepas menggunakan wang simpanan persaraannya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Polis menasihati orang ramai sentiasa berwaspada dengan pelbagai taktik penipuan dalam talian dan di media sosial.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.