Belanjawan 2026: Ahli ekonomi jangka peluasan skop cukai keuntungan modal

Belanjawan 2026: Ahli ekonomi jangka peluasan skop cukai keuntungan modal

Kerajaan mungkin pertimbang pengembangan skop cukai keuntungan modal ke atas keuntungan modal daripada pelupusan saham disenarai di Bursa Malaysia.

Pada masa ini cukai keuntungan modal meliputi keuntungan daripada pelupusan saham tidak tersenarai dan pelupusan aset modal asing.
KUALA LUMPUR:
Ahli ekonomi percaya Belanjawan 2026 tidak akan memperkenalkan sebarang perubahan besar dalam sistem percukaian terutama cukai individu dan korporat untuk mengekalkan keyakinan pengguna dan pelabur apabila tarif Amerika Syarikat (AS) bermula.

Sebaliknya, kerajaan mungkin mempertimbangkan pengembangan skop cukai keuntungan modal (CGT) ke atas keuntungan modal daripada pelupusan saham disenaraikan di Bursa Malaysia, kata Ketua dan Pengarah Penyelidikan MBSB Investment Bank Bhd (MBSB) Imran Yassin Yusof.

“Pada masa ini, CGT meliputi keuntungan daripada pelupusan saham tidak tersenarai dan pelupusan aset modal asing.

“Tetapi kami percaya bahawa ini mungkin memerlukan kajian impak lebih lanjut dan mempunyai kebarangkalian rendah untuk dibentangkan dalam Belanjawan 2026,” katanya kepada Bernama dalam temu bual menerusi e-mel baru-baru ini.

Katanya, cukai baharu lain yang mungkin akan diperkenalkan termasuk cukai warisan, koran spekulasi mengenai ‘cukai dosa’ (antaranya arak dan judi) atau cukai kesihatan seperti cukai tembakau.

Dalam pada itu, seorang ahli ekonomi yang pakar dalam pembangunan di Asia Tenggara Doris Liew, menjangkakan belanjawan itu akan meningkatkan dividen dan penguatkuasaan CGT.

“Dengan ruang fiskal terhad untuk cukai baharu pada 2026, belanjawan mungkin bergantung pada peningkatan pematuhan tambahan seperti meluaskan cukai bersih melalui pendaftaran e-invois dan nombor pengenalan cukai (TIN) dan pendigitalan pentadbiran cukai.

“Ia juga berkemungkinan mengembangkan hasil bukan cukai seperti levi, yuran dan pengewangan aset,” katanya.

Walaupun cukai karbon adalah cadangan berulang bawah Belanjawan 2025, Liew berpendapat pelaksanaan itu mungkin menghadapi dua halangan iaitu daya saing dan kesediaan kerana levi karbon awal boleh mengalihkan pelaburan langsung asing (FDI) ke Vietnam dan Indonesia yang berorientasikan eksport.

“Dari segi kesediaan, rangka kerja pengawalseliaan dan pemantauan Malaysia masih belum matang, jika cukai karbon diperkenalkan, ia mungkin akan bermula sebagai perintis untuk syarikat tersenarai dan bukannya instrumen fiskal menyeluruh,” katanya.

Mengenai cukai individu, Imran berkata MBSB Research tidak menjangka sebarang semakan semula kadar termasuk untuk 20 peratus bagi golongan T20, kerana tiada rangsangan fiskal tambahan dianggap perlu berikutan dasar pelonggaran pre-emptif Bank Negara (BNM) pada Julai 2025 dan dalam keadaan pertumbuhan ekonomi domestik yang mampan.

BNM menurunkan kadar dasar semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.75% pada 9 Julai lalu, penurunan pertama sejak 2020 sebagai respons kepada ketidaktentuan mengenai perkembangan tarif dan ketegangan geopolitik.

“Dalam erti kata lain, kami tidak menjangkakan sebarang perubahan besar kepada sistem percukaian kerana cukai lebih tinggi boleh mengakibatkan perbelanjaan lebih perlahan tahun depan,” katanya.

Liew berpendapat, cukai korporat mungkin akan kekal tidak berubah kerana Malaysia berusaha untuk mengekalkan keyakinan pelabur berikutan kejutan tarif, dicerminkan dalam kelembapan perdagangan Ogos.

Perdagangan Ogos 2025 susut 1.9% tahun ke tahun kepada RM247.07 bilion, dengan pertumbuhan eksport merosot kepada 1.9% daripada 6.8% pada Julai 2025 dan import menguncup 5.9% daripada pertumbuhan marginal tahun ke tahun 0.6% pada Julai tahun ini.

Secara keseluruhannya, Liew menyifatkan kerajaan dalam keadaan untuk melakukan pengimbangan antara penyatuan fiskal dan sokongan pertumbuhan.

“Dalam satu pihak, hasil lebih tinggi diperlukan untuk menutup defisit dan membiayai perbelanjaan sosial, di sisi lain pula… kelemahan eksport berkaitan tarif, kos makanan dan tenaga yang tinggi serta ketidaktentuan rantaian bekalan global menjelang 2027 di sebalik beban baharu ke atas syarikat atau isi rumah,” katanya.

Sementara itu, Imran percaya walaupun meluaskan asas cukai melalui cukai baharu merupakan langkah positif untuk hasil kerajaan, ia sama pentingnya untuk meningkatkan pematuhan cukai dan mengekang perbuatan untuk elak cukai serta menyampaikan laporan kewangan dan perbelanjaan kerajaan dengan berkesan.

Pada masa sama, kedua-dua ahli ekonomi itu menjangkakan tiada peluasan lanjut bagi liputan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan dijadualkan membentangkan Belanjawan 2026 di Parlimen pada 10 Okt ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.