
Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad, berkata IPD Nilai menerima laporan mengenai kejadian tersebut kira-kira 11 pagi tadi.
“Siasatan awal mendapati pada 9.20 pagi tadi mangsa dilihat oleh orang awam telah terjatuh ke dalam saluran kumbahan yang tidak bertutup ketika berlangsungnya program kejohanan sukan olahraga di sekolah itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pasukan bomba tiba di lokasi telah mengeluarkan mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban namun mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Alzafny berkata bedah siasat dijalankan di Hospital Rembau bagi mengenal pasti punca kematian dan setakat ini, siasatan awal mendapati insiden berlaku akibat kemalangan dan tiada unsur jenayah.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.