AS timbang tarif sifar minyak sawit, komponen automotif dan aeroangkasa

AS timbang tarif sifar minyak sawit, komponen automotif dan aeroangkasa

Ketua Perunding Malaysia Mastura Ahmad Mustafa berkata AS beri pertimbangan kepada beberapa barangan yang tak boleh dikeluarkan negara itu.

Ketua Perunding Malaysia, Mastura Ahmad Mustafa berkata AS juga akan mempertimbangkan tarif berkadar sifar bagi perabot, bahagian dan komponen automotif serta bahagian dan komponen aeroangkasa. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Amerika Syarikat (AS) bersetuju untuk mempertimbangkan pengecualian tarif iaitu berkadar sifar ke atas beberapa produk komoditi termasuk minyak sawit dan koko seperti dicadangkan Malaysia, yang dijangka dimuktamadkan pada Oktober ini.

Ketua Perunding Malaysia bagi rundingan rasmi tarif, Mastura Ahmad Mustafa berkata AS juga akan mempertimbangkan tarif berkadar sifar bagi perabot, bahagian dan komponen automotif serta bahagian dan komponen aeroangkasa.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan oleh pihak AS dalam beberapa rundingan sebelum ini.

“Seperti yang dimaklumkan, kita sekarang dalam proses memperincikan perjanjian perdagangan timbal balas, jadi bermula semalam kita telah mengaturkan beberapa sesi secara maya dengan AS untuk menyelesaikan perjanjian tersebut.

“Dalam rundingan ini, pihak AS ada menyatakan pertimbangan boleh diberikan kepada beberapa barangan yang pada pandangan mereka adalah produk yang memang tidak boleh dikeluarkan di AS.

“Bagi produk tersebut mereka akan mempertimbangkan sama ada mengenakan pengecualian iaitu sifar tarif daripada unilateral tarif ini,” katanya kepada Bernama dalam satu temubual eksklusif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.