Siasatan profesor UM buat gangguan seksual hampir selesai

Siasatan profesor UM buat gangguan seksual hampir selesai

Profesor itu yang digantung tugas Disember lalu didakwa berkongsi gambar lucahnya dengan pelajar.

universiti malaya
Universiti Malaya berkata pihaknya kekal komited memastikan semua warga kampus dilindungi daripada sebarang bentuk gangguan.
PETALING JAYA:
Universiti Malaya (UM) memaklumkan siasatan dalaman terhadap dakwaan kes gangguan seksual melibatkan seorang profesornya hampir selesai.

Dalam kenyataan, UM berkata jawatankuasa penyiasatan kini dalam proses penyediaan laporan yang akan dibawa ke peringkat seterusnya untuk menentukan tindakan selanjutnya.

Katanya, UM kekal komited memastikan semua warga kampus dilindungi daripada sebarang bentuk gangguan.

“Universiti tidak akan bertoleransi dengan pelaku kesalahan gangguan dan mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang serta sentiasa bersifat adil terhadap semua pihak terutama pengadu dan pihak yang diadu,” kata kenyataan itu.

Terdahulu hari ini, sebuah kelab di UM menggesa pihak universiti secara terbuka beri perkembangan mengenai siasatan dalaman terhadap seorang profesor yang didakwa berkongsi gambar lucah dirinya dengan pelajar.

UM Feminism Club (UMFC) berkata, seorang mangsa menyerahkan bukti penting kepada Unit Integriti UM dan diberikan jaminan tindakan undang-undang akan diambil, namun setakat ini dia tidak dimaklumkan mengenai perkembangan siasatan.

April lalu, kesatuan pelajar universiti itu menggesa UM mendedahkan hasil siasatan, sambil menegaskan mereka tidak menerima sebarang perkembangan sejak pertemuan dengan unit integriti pada 27 Dis, tidak lama selepas profesor terbabit digantung tugas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.