Visi Malaysia Madani berjaya, pembangkang mula ubah pendekatan, kata naib presiden PKR

Visi Malaysia Madani berjaya, pembangkang mula ubah pendekatan, kata naib presiden PKR

Pendekatan Madani inklusif dorong parti pembangkang lebih mesra terhadap kaum India khususnya, kata R Ramanan.

r ramanan
Parti pembangkang kini dilihat mesra terhadap kaum India berikutan pendekatan Madani inklusif yang tidak abai atau pinggir mana-mana kaum atau golongan, kata R Ramanan.
PETALING JAYA:
Visi Malaysia Madani yang digagaskan Perdana Menteri Anwar Ibrahim disifatkan berjaya apabila parti politik pembangkang turut mula mengubah pendekatan dengan memberi tumpuan kepada semua kaum, khususnya masyarakat India, kata seorang naib presiden PKR.

Mengulas tindakan parti pembangkang yang kini dilihat mesra terhadap kaum India, R Ramanan berkata, ia berikutan pendekatan Madani inklusif tanpa mengabaikan mana-mana kaum atau golongan dipinggirkan.

“Ini satu daripada sebab utama kita boleh lihat sekarang PAS yang tak pernah sebut mengenai komuniti India (dengan mendekati kaum India) kini telah berubah pendekatannya. (Kini mereka) mula cakap kena jaga komuniti India, nak cari rakan daripada parti pimpinan komuniti India. Kenapa?

“Sebab ini kekuatan daripada Madani. Madani adalah untuk semua. Ia visi untuk menunjukkan semua golongan kaum bersatu padu termasuk Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan dan Iban,” katanya selepas Program Pembudayaan Koperasi dan Keusahawanan Negeri Selangor 2025 di Shah Alam hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian mengulas pembentukan gabungan pembangkang longgar diterajui Perikatan Nasional (PN) yang turut dianggotai parti seperti Urimai dan Malaysian Advancement Party.

PN juga telah mengadakan rundingan tidak rasmi dengan MCA dan MIC, dengan kedua-dua parti itu sedang menilai semula kedudukan mereka dalam gabungan Barisan Nasional.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.