PM Malaysia, Singapura bertemu esok bincang isu berkepentingan bersama

PM Malaysia, Singapura bertemu esok bincang isu berkepentingan bersama

Pertemuan itu dijadualkan dalam lawatan khas Lawrence Wong ke Malaysia.

Anwar Ibrahim n Lawrence Wong
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong dijadualkan bertemu Perdana Menteri Anwar Ibrahim, esok. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Perdana menteri Malaysia dan Singapura dijadualkan bertemu esok, di mana isu berkepentingan bersama dijangka menjadi agenda.

Pertemuan itu dijadualkan dalam lawatan khas Lawrence Wong ke Malaysia, menurut kenyataan Wisma Putra.

Wong dan Anwar Ibrahim dijangka akan membincangkan kerjasama dua hala dan isu-isu berkepentingan bersama, termasuk hasil pemukiman pemimpin kedua-dua negara pada 4 Dis lalu.

Singapura merupakan rakan utama Malaysia dalam Asean, dengan hubungan erat dan meluas dalam pelbagai bidang.

Dari segi perdagangan dua hala, Singapura merupakan rakan dagang kedua terbesar Malaysia, dengan jumlah perdagangan mencecah RM402.35 bilion (USD93.97 bilion) bagi tahun 2025, meningkat 1.5% berbanding tahun 2024.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.