
Dalam catatan di Facebook, Wan Saiful berkata, beliau telah menghantar surat berkenaan semalam kepada Lembaga Rayuan.
Oktober lalu, Wan Saiful dipecat Bersatu kerana melanggar perlembagaan dan kod etika parti.
Menurut surat pemakluman kepada Lembaga Rayuan, Wan Saiful mengucapkan penghargaan kepada badan berkenaan yang disifatkannya ‘profesional dan telus’, sambil mengkritik Lembaga Disiplin.
“Yang mana ini adalah jauh berbeza dengan sikap ahli-ahli Lembaga Disiplin,” katanya.
Beliau mendakwa, Bersatu juga tidak mempunyai masa depan kerana Presiden Muhyiddin Yassin merelakan diri dikuasai Setiausaha Agung Azmin Ali.
“Maka dengan itu, saya menarik balik rayuan berkuat kuasa serta merta,” katanya.
Pada 13 Feb, Bersatu memecat Timbalan Presiden Hamzah Zainudin, disusuli 16 pemimpin lain termasuk tiga Ahli Parlimen iaitu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang), Azahari Hasan (Padang Rengas), dan Fathul Huzir Ayob (Gerik).