3 polis direman atas dakwaan pemerasan, cabul pelajar

3 polis direman atas dakwaan pemerasan, cabul pelajar

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata mereka ditahan di sebuah restoran semalam.

usuf jan
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohamed Usuf Jan Mohamad, berkata tiga anggota berkenaan direman empat hari. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis Kuala Lumpur mengesahkan tiga anggotanya direman bagi membantu siasatan pemerasan dan cabul pelajar wanita, dalam kejadian di Sentul Pasar, Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohamed Usuf Jan Mohamad, berkata mereka ditahan di sebuah restoran semalam.

“Penahanan itu bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat pelajar wanita berkenaan.

“Semua individu terbabit direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut laporan, pelajar wanita bersama teman lelaki ditahan sekumpulan anggota polis ketika berada di Jalan Sentul Pasar, kelmarin.

Mangsa dikatakan diperas dengan bayaran RM10,000, selain dipaksa untuk melakukan hubungan seks dengan seorang daripada anggota polis berkenaan.

Susulan itu, wanita tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Sentul untuk tindakan selanjutnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.