
Berita Harian melaporkan Azhar Anual, 50, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Nik Habri Muhamad.
Bagi pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa memiliki sepucuk pistol Glock 26 Gen4 Austria dan 36 butir peluru hidup tanpa lesen atau permit senjata di sebuah rumah di Kampung Paloh Pintu Geng pada 5 pagi 6 Sept lalu.
Azhar didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebat sehingga enam kali, serta Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Tertuduh tidak ditawarkan jaminan dan mahkamah menetapkan 21 Okt ini untuk pembentangan fakta serta hukuman.