
Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas meraih 1,096 undi manakala Menteri Besar Kedah Sanusi Nor mendapat 1,062 undi di tempat kedua sementara pendatang baharu yang juga Adun Jitra Haim Hilman Abdullah mendapat undi 1,028.
Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim yang kali pertama bertanding pemilihan PAS juga berjaya menempatkan diri di kedudukan 18 teratas untuk memenangani jawatan itu dari 30 calon yang bertanding.
Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang tewas pemilihan 2021 lalu kembali memenangi jawatan itu pada pemilihan kali ini.
Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PAS Wan Rohimi Wan Daud.
Menurutnya, seramai 1,351 perwakilan layak mengundi untuk pemilihan itu dengan jumlah yang mengundi ialah 1,220 orang atau 90.03%.
Sebelum ini, Abdul Hadi Awang dan Tuan Ibrahim Tuan Man diumum menang tanpa bertanding masing-masing untuk jawatan presiden dan timbalan presiden.
Idris Ahmad, Samsuri Mokhtar dan Mohd Amar Nik Abdullah turut menang tanpa bertanding jawatan naib presiden selepas Sanusi menarik diri.
Berikut adalah keputusan pemilihan AJK PAS Pusat bagi sesi 2025-2027:
Pengerusi Tetap: Hussin Ismail
Timbalan Pengerusi Tetap: Kamal Shaari
Presiden: Abdul Hadi Awang
Timbalan Presiden: Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden:
1. Idris Ahmad
2. Ahmad Samsuri Mokhtar
3. Mohd Amar Abdullah
AJK PAS Pusat
1. Ahmad Fadhli Shaari (1,096 undi)
2. Sanusi Nor (1,062)
3. Haim Hilman Abdullah (1,028)
4. Muhammad Khalil Abdul Hadi (1,018)
5. Khairil Nizam Khirudin (920)
6. Mohd Nassuruddin Daud (897)
7. Azman Ibrahim (868)
8. Dr Halimah Ali (866)
9. Siti Zailah Mohamad Yusof (865)
10. Ahmad Marzuk Shaari (854)
11. Amzad Hashim (802)
12. Mohamed Fadzli Hassan (731)
13. Riduan Mohamad (721)
14. Shahidan Kassim (717)
15. Nik Abduh Nik Abdul Aziz (713)
16. Awang Hashim (688)
17. Mumtaz Md Nawi (682)
18. Iskandar Abdul Samad (680)