
bagi menegaskan autonomi kedua-dua negeri Borneo itu serta melaksanakan desentralisasi kuasa.
Pertubuhan-pertubuhan itu berkata perjanjian baharu diperlukan bagi mengembalikan autonomi Sabah dan Sarawak sebagai wilayah istimewa susulan persepsi yang semakin berkembang dalam kalangan rakyat kedua-dua negeri bahawa kerajaan persekutuan tidak komited menunaikan MA63.
Dalam satu kenyataan, mereka berkata MA63+ perlu dibina berasaskan perjanjian sedia ada dan memberi Sabah serta Sarawak autonomi dalam bidang pendidikan, kesihatan dan tenaga kerja, yang mana hanya diberikan kepada Singapura ketika Malaysia dibentuk pada 1963.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Projek Sama, Bersih, Tindak Malaysia dan Rise of Social Efforts.
Mereka juga menegaskan bahawa perjanjian baharu itu perlu melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan, bukannya hanya sekadar konsesi pentadbiran atau pemindahan kuasa melalui keputusan menteri.
Antara cadangan mereka ialah mengiktiraf secara rasmi Sabah dan Sarawak sebagai wilayah di bawah Perlembagaan, selain meminda peruntukan berkaitan agihan kerusi di Dewan Rakyat dan Dewan Negara, serta berkaitan geran, cukai dan yuran.
Mereka turut mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa antara kerajaan baharu untuk merundingkan cadangan pindaan perlembagaan itu.
“Banyak negeri di Semenanjung Malaysia juga mahu desentralisasi dengan lebih banyak kuasa perundangan, tanggungjawab eksekutif dan sumber fiskal.
“Mereka boleh membentuk pakatan dengan Sabah dan Sarawak untuk bersama-sama berunding dengan kerajaan persekutuan bagi agenda desentralisasi nasional yang akan memindahkan lebih banyak kuasa kepada semua negeri,” kata pertubuhan-pertubuhan itu.
Namun begitu, mereka menegaskan bahawa kerajaan Sabah dan Sarawak wajar menikmati lebih banyak kuasa berbanding negeri-negeri di Semenanjung.