
Timbalan Ketua Polis Cheras, Ridzuan Khalid, berkata mangsa yang berusia 62 tahun ditemukan dalam keadaan terlentang, mengalami kecederaan parah di muka serta kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira 3.01 pagi.
Susulan kejadian, polis menahan anak lelaki mangsa berusia 24 tahun. Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
“Siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati berkenaan isu harta keluarga dan polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian,” menurut kenyataan.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.
Kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.