
Katanya, pendekatan itu ternyata berhasil pada pilihan raya di Kelantan dan Terengganu, sebelum ini.
“Kalau boleh empat negeri ini (SG4) yang kita berkuasa ini, kita ambil atas simbol PAS macam kita buat Kelantan dan Terengganu pada pilihan raya lalu.
Bukan ada masalah pun, simbol PAS…empat negeri itu, negeri lain tak apa la kita bincang, kalau boleh lah, itulah lebih baik,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak Pas ke-64 di Maahad Darul Hadis.
Hashim berkata demikian mengulas gesaan perwakilan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Saiful Rizwan Mahmud semalam agar parti itu tidak menggadaikan kerusi miliknya dalam pilihan raya akan datang.
Saiful berkata, PAS perlu mengambil iktibar daripada insiden itu yang berlaku di DUN Bayan Baru di mana pengundi Melayu mencecah 42.4% dalam pilihan raya sebelum ini.
Dalam perkembangan lain, Hashim tidak menolak Pemuda PAS meluluskan usul agar parti itu memimpin PN sebagai respon kepada pihak tertentu, supaya tidak membuat keputusan dasar secara bersendirian.
“Saya pernah suarakan hasrat itu awal dua tahun yang lalu bahawa dalam PN, satu keputusan yang melibatkan dasar perlu dilakukan selepas kita berunding.
“Ketika itu, ada suara-suara yang merasakan, mereka umumkan apa sahaja. Saya orang tua, saya bukan ada apa-apa kepentingan, hanya untuk parti,” katanya.
Semalam, Pemuda PAS menyeru parti itu menerajui gabungan PN dan menerajui kepimpinan utama negara.