
“Alhamdulillah, kita masih aman kerana kalau ketimbang banyak-banyak negara lain (kita) jauh lebih baik, sebagai contoh negara Nepal berlaku rusuhan di mana-mana, menteri ditelanjangkan…isteri mati terbakar.
“Dua hari lepas berlaku insiden tembakan ke atas pemimpin di Universiti Utah, AS.
“Kita doakan kalau sekarang mudah-mudahan kita dapat kekalkan keamanan dan perpaduan,” katanya menurut Utusan Malaysia, di Iskandar Puteri.
Pada Rabu, kerajaan Nepal tumbang susulan protes ganas mengorbankan sekurang-kurangnya 51 nyawa, menjadikannya rusuhan terburuk di negara itu sejak penghapusan sistem monarki pada 2008.
Di AS, seorang pemuda dari Utah disyaki membunuh aktivis konservatif berpengaruh, Charlie Kirk, di sebuah universiti pada Rabu telah ditahan semalam.
Dalam pada itu, Anwar menegaskan kemajuan fizikal atau ekonomi negara harus berjalan seiring dengan pemeliharaan dan pengukuhan nilai-nilai kemanusiaan.
Jelasnya, dalam keghairahan membangunkan negara yang mahu mencapai status negara yang maju, nilai kemanusiaan tidak boleh diketepikan demi demi kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.