
Usul itu dibacakan Ketua Penerangan Pemuda, Khairul Nadzir Helmi Azhar dan diluluskan sebulat suara perwakilan yang hadir untuk dibentangkan pada Muktamar PAS kali ke-71.
“Usul keempat adalah sangat mustahak yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak terutama sekali apabila kita mendengar ucaptama ketua Pemuda.
“Inilah masanya PAS perlu memimpin PN…inilah masanya PAS menerajui kepimpinan negara.
“Pemuda PAS tegas mendesak usul ini dapat dibaca sehingga ke muktamar pusat,” katanya ketika membentangkan usul itu sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-66 di Kompleks PAS Kedah.
Usul itu antara empat yang diluluskan sebulat suara Pemuda untuk dibawa ke Muktamar PAS akan bermula Isnin ini.
Tiga lagi usul yang diluluskan sebulat suara adalah berkait memperjuangkan isu Palestin, mempertahankan hak negeri dalam sumber nadir bumi serta menolak Rang Undang-Undang Akta Pembaharuan Semula Bandar.
Khairul Nadzir yang juga jawatankuasa usul berkata, jawatankuasa itu menerima sebanyak 11 usul untuk dibawa ke Muktamar PAS Pusat kali ini.