
Ketua Polis Negara Khalid Ismail berkata mereka didakwa terlibat dalam insiden itu yang mengakibatkan Ketua Polis Dang Wangi Sulizmie Affendy Sulaiman, cedera selepas terkena objek di kepala, lapor Bernama.
Menurutnya, pegawai kanan polis itu berada dalam keadaan stabil selepas kejadian berkenaan.
Beliau turut menggesa orang ramai tidak bertindak membuta tuli dan memastikan maklumat diterima daripada sumber sahih berhubung operasi di Kampung Sungai Baru.
Sulizmie cedera ketika berdepan dengan penduduk sehingga menyebabkan kepalanya berdarah.
Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata pihak berkuasa hanya melaksanakan writ pemilikan kosong dikeluarkan mahkamah terhadap 37 rumah teres di Kampung Sungai Baru.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail membidas insiden itu.
Anwar juga mengarahkan siasatan segera dijalankan.