SPRM mohon batal pasport menantu Muhyiddin

SPRM mohon batal pasport menantu Muhyiddin

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata usaha mengesan Muhammad Adlan Berhan masih diteruskan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata Muhammad Adlan Berhan didakwa berada di negara tiada perjanjian ekstradisi dengan Malaysia dan pihaknya cuba berunding cara membawanya pulang. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan pasport antarabangsa menantu Muhyiddin Yassin bagi membantu siasatan kes rasuah dan penyelewengan projek di sebuah kementerian.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata usaha mengesan Muhammad Adlan Berhan masih diteruskan.

“Kita sudah membuat tindakan semalam dan berharap KDN setuju dengan permohonan agar pasport beliau dibatalkan.

“Beliau didakwa berada di negara yang mana kita tidak mempunyai perjanjian ekstradisi, tapi kita cuba berunding dengan negara berkenaan bagaimana untuk membawa beliau pulang ke negara ini,” katanya menurut Berita Harian selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad dengan SPRM di sini.

Pada 7 Ogos 2023, SPRM dilaporkan mencari dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

Selain Adlan, seorang lagi lelaki terbabit ialah peguam Mansoor Saat, 70, di mana mereka berdua dikenal pasti meninggalkan Malaysia pada 17 dan 21 Mei 2023.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.