SARA: Hari ke-6 rekod RM107.1 juta jualan

SARA: Hari ke-6 rekod RM107.1 juta jualan

Kementerian Kewangan berkata kadar transaksi kekal stabil pada 99% semalam.

SARA BANTUAN 100
Bantuan SARA yang disalurkan secara sekali beri melalui MyKad bermula 31 Ogos lalu memanfaatkan 22 juta rakyat 18 tahun ke atas membabitkan peruntukan RM2 bilion.
KUALA LUMPUR:
Hari keenam pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjalan lancar dengan jumlah jualan mencecah RM107.1 juta membabitkan 1.7 juta penerima setakat 9.30 malam tadi.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan kadar transaksi kekal stabil pada 99% semalam.

“Usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang lima hari lepas menyumbang kepada kestabilan sistem yang tercapai.

“Secara keseluruhan, sejak pelaksanaan Penghargaan SARA pada 31 Ogos lepas, lebih 8.3 juta rakyat telah membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit Penghargaan SARA dan SARA bulanan dengan jumlah perbelanjaan rakyat daripada enam hari mencecah RM536.9 juta di seluruh negara.”

Bantuan SARA yang disalurkan secara sekali beri melalui MyKad bermula 31 Ogos itu memanfaatkan 22 juta rakyat membabitkan peruntukan RM2 bilion.

SARA diberikan kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira kategori B40, M40 atau T20 yang boleh ditebus tanpa tunai di pasar raya terpilih menggunakan MyKad.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.