Masa depan politik saya tak terikat dengan parti, kata KJ

Masa depan politik saya tak terikat dengan parti, kata KJ

Bekas menteri itu berkata, apa yang lebih penting ialah keupayaan untuk bantu seramai mungkin rakyat.

KHAIRY JAMALUDDIN KJ
Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dipecat daripada parti pada Januari 2023 atas kesalahan melanggar disiplin parti sewaktu PRU15.
PETALING JAYA:
Bekas menteri Khairy Jamaluddin menegaskan, masa depan politiknya tidak wajar dipandu oleh kesetiaan kepada mana-mana parti, susulan spekulasi beliau membuat rayuan untuk kembali menyertai Umno setelah dipecat.

“Masa depan politik saya harus terikat pada keupayaan untuk membantu seramai mungkin rakyat, bukan kepada mana-mana parti politik tertentu,” katanya di Instagram hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan FMT yang memetik penganalisis politik berkata, masa depan politik bekas ketua Pemuda Umno itu masih terikat dengan parti tersebut.

Menurut laporan itu, rayuan beliau untuk kembali kepada parti berkemungkinan didorong oleh penilaian bahawa tiada parti lain yang menawarkan platform sebenar untuk cita-cita politiknya.

Terdahulu, FMT difahamkan Khairy telah mengemukakan surat rayuan berhubung pemecatannya pada Januari 2023 melalui pembantunya. Bagaimanapun, Presiden Umno Zahid Hamidi berkata, parti belum lagi menerima surat tersebut.

Khairy yang juga bekas menteri kesihatan dan Ahli Parlimen Rembau tiga penggal dipecat daripada Umno susulan kesalahan melanggar disiplin parti sewaktu PRU15.

Sejak dari itu, beliau giat dalam dunia korporat dan media, di samping kekal sebagai pengulas lantang mengenai isu-isu politik serta tadbir urus negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.