
Tangkapan itu dibuat Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Bukit Aman dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor kira-kira jam 12.35 tengah hari, lapor Sinar Harian.
Komander PSP Rosli Yusof berkata, dalam serbuan itu pihaknya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 22 tahun yang memandu sebuah kereta jenis Perodua Myvi.
Katanya, pemeriksaan pada kenderaan itu menemui satu bekas yang dilubangkan dan didalamnya terdapat seekor beruang matahari (Malayan Sun Bear) yang merupakan spesies dilindungi.
“Hasil pemeriksaan mendapati suspek gagal mengemukakan sebarang lesen atau kebenaran bertulis untuk menyimpan serta memelihara haiwan tersebut.
“Suspek kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis untuk siasatan lanjut oleh Perhilitan Johor,” katanya dalam satu kenyataan.
Rosli berkata pihak berkuasa juga merampas kenderaan, barangan peribadi milik suspek serta beruang matahari terbabit.
“Operasi bersepadu ini membuktikan komitmen polis, khususnya PSP, dalam memerangi aktiviti haram yang melibatkan hidupan liar,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.