Dewan Negara lulus RMK13

Dewan Negara lulus RMK13

Usul RMK13 lulus selepas lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju.

dewan-negara
RMK13 merupakan rancangan serta hala tuju pembangunan negara untuk tempoh 2026 hingga 2030, lulus di Dewan Negara hari ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Dewan Negara meluluskan usul Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), yang merupakan rancangan serta hala tuju pembangunan negara untuk tempoh 2026 hingga 2030.

Speaker Dewan Negara Awang Bemee Awang Ali Basah berkata usul itu diluluskan selepas lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju.

Terdahulu, usul RMK13 itu dibahaskan selama empat hari bermula 25 hingga 28 Ogos, disusuli penggulungan setiap kementerian selama dua hari bermula semalam.

Persidangan hari ini menyaksikan 15 lagi kementerian meneruskan penggulungan termasuk Kementerian Komunikasi, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Ekonomi sebagai kementerian terakhir.

Pada 31 Julai lepas, Perdana Menteri Anwar Ibrahim membentangkan RMK13 yang menetapkan hala tuju peralihan strategik Malaysia ke arah sistem ekonomi, sosial dan tadbir urus negara secara menyeluruh berpaksikan falsafah dasar keterangkuman, kemampanan dan daya tahan dalam kerangka Ekonomi Madani.

Persidangan Dewan Negara bersambung esok.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.