
Perintah reman diperoleh mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan akan berakhir 9 Sept ini.
Empat suspek berusia lingkungan 40-an hingga 50-an ditahan polis di beberapa lokasi berasingan di Triang, Pahang, malam tadi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, lapor Berita Harian.
Pada 24 Ogos lalu, mayat seorang lelaki tidak dikenali yang mengalami kesan luka hirisan pada leher ditemui terapung di Sungai Kelantan berhampiran Jambatan Sultan Yahya Petra.
Ketua Polis Kota Bharu, Mohd Rosdi Daud, dilaporkan berkata pihaknya menerima panggilan melalui MERS 999 pada 6.30 petang sebelum sepasukan anggota dari IPK Kelantan termasuk unit forensik digerakkan ke lokasi kejadian.
Katanya, mangsa ketika ditemui memakai kemeja-T berkolar ungu dan seluar pendek khaki.
Beliau turut memaklumkan mayat itu dalam keadaan bengkak dan hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian akibat luka pada leher.