
Pengerusi BN berkata, namun tawaran dibuat PN belum tentu menjanjikan keuntungan buat mereka.
Kenyataan itu susulan pelawaan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man pada 31 Ogos lalu kepada MCA dan MIC bergabung dengan PN.
Tuan Ibrahim berkata demikian selepas resolusi sekurang-kurangnya dua bahagian MIC negeri untuk keluar daripada BN.
Pada 8 Ogos, MIC Kedah meluluskan usul bekerjasama dengan PN dalam PRU16 dan keluar BN manakala MIC Pulau Pinang pula setuju usul keluar komponen tersebut.
Dalam pada itu, Zahid menganggap kenyataan Tuan Ibrahim sebagai pandangan peribadi kerana usul bahagian MIC tersebut belum dibawa ke Dewan Tertinggi BN.
“Resolusi itu datang hanya daripada satu atau dua bahagian dan pucuk pimpinan mereka belum pun mengadakan perbincangan dengan saya dan tidak dibawa ke Dewan Tertinggi BN,” katanya dalam sidang media selepas perhimpunan bulanan warga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Sementara itu, Zahid berkata BN akan memberi tumpuan kepada kerusi diyakini boleh menang pada PRN Sabah dijangka akhir tahun ini.
Beliau berkata, ketika ini rundingan antara Umno dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masih belum dimuktamadkan.
“Kita telah memantapkan dan memuktamadkan rundingan dengan Pakatan Harapan (PH), tetapi rundingan dengan GRS belum dimuktamadkan. Kita sekarang menghormati kerjasama antara PH dan GRS. Yang penting ialah soal kemenangan,” katanya.