Wetrom calon KM Sabah jika KDM menang PRN

Wetrom calon KM Sabah jika KDM menang PRN

Pemangku Presiden KDM Priscella Peter berkata, pencalonan itu dicadangkan oleh presiden Peter Anthony dan dipersetujui Pimpinan Tertinggi sebulat suara.

Wetrom Bahanda
Mesyuarat Pimpinan Tertinggi KDM pilih Timbalan Presiden Wetrom Bahanda sebagai calon ketua menteri Sabah jika menang PRN nanti. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mengumumkan timbalan presidennya, Wetrom Bahanda, sebagai calon ketua menteri jika parti itu menang PRN Sabah nanti.

Pemangku Presiden KDM Priscella Peter berkata, keputusan mencalonkan Wetrom, yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu dan Adun Bandau, dicapai pada mesyuarat Pimpinan Tertinggi di ibu pejabat parti itu di Penampang.

“Cadangan ini sebenarnya datang daripada Presiden KDM Peter Anthony sendiri dan pada hari ini kami bincang dan memutuskannya sebulat suara,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Priscella berkata, pihaknya telah mengenal pasti 40 kerusi yang akan ditandingi dan calon mewakili parti itu.

“KDM akan umumkan semuanya (kawasan ditandingi dan calon) apabila tiba masanya, kemungkinan besar selepas DUN Sabah dibubarkan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.