
Ketua Polis Seremban, Mohamad Hatta Che Din berkata, semua suspek ditahan selepas remaja perempuan berusia 16 tahun itu membuat laporan polis pada pagi Sabtu lalu, lapor Sinar Harian.
Katanya, sebelum kejadian remaja perempuan itu mengunjungi sebuah pusat karaoke di Senawang sebelum meminta seorang lelaki yang baru dikenalinya melalui aplikasi Leo untuk menghantarnya pulang ke rumah.
Bagaimanapun katanya, mangsa telah dibawa ke sebuah rumah yang tidak diketahui sebelum dirogol secara berkumpulan.
“Susulan kejadian itu mangsa membuat laporan di Balai Polis Senawang pada jam 3.21 pagi Sabtu sebelum dia dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk pemeriksaan lanjut.
“Bertindak atas maklumat, polis berjaya menangkap empat suspek berusia antara 16 hingga 19 tahun pada hari ini di kediaman mereka di kawasan sekitar Seremban,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan.