Perbahasan RUU PSB ditunda ke sidang akan datang

Perbahasan RUU PSB ditunda ke sidang akan datang

RUU Pembaharuan Semula Bandar berdepan penolakan kuat daripada wakil rakyat pembangkang dan beberapa dalam kalangan pemerintah.

dewan rakyat
FMT diberitahu RUU PSB tetap dibentang hari ini namun perbahasan dan pengundian akan dilakukan pada sidang akan datang. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Perbahasan Rang Undang-undang Pembaharuan Semula Bandar (PSB) 2025 ditunda ke mesyuarat Dewan Rakyat akan datang.

RUU tersebut berdepan penolakan kuat daripada wakil rakyat pembangkang dan beberapa dalam kalangan pemerintah, termasuk daripada PKR dan Barisan Nasional.

Pegawai kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming beritahu FMT bahawa RUU ini tetap dibentang untuk bacaan kedua hari ini, namun perbahasan dan pengundian akan dilakukan pada sidang akan datang.

Menurut takwim Dewan Rakyat di laman Parlimen, mesyuarat ketiga bagi penggal keempat Parlimen ke-15 tahun 2025 akan bermula 6 Okt dan berakhir pada 4 Dis.

Terdahulu, BN mengumumkan ia bimbang akan RUU PSB dan mahu ia ditangguh, disusuli libat urus dengan semua pihak.

Timbalan Pengerusi Mohamad Hasan mengumumkan pendirian itu selepas bermesyuarat dengan semua Ahli Parlimen BN.

Antara perkara yang beliau bangkitkan, lapor Utusan Malaysia, tentang takrif ‘urban’, dan hak golongan yang tidak memberi restu kepada pembangunan semula.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.