
Sumber berkata, suspek wanita berusia lingkungan 50-an ditahan sekitar 11 pagi tadi di pejabat SPRM Pulau Pinang ketika hadir memberi keterangan.
“Berdasarkan siasatan awal, suspek sebelum ini dipercayai telah menyalahgunakan jawatan ketika berkhidmat sebagai pegawai di Seberang Perai Utara.
“Suspek dipercayai menyalahgunakan kuasa dengan mengesyorkan syarikat milik suaminya melibatkan pembekalan makan serta minum bernilai hampir RM4,000,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Katanya, suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth Khamis ini.