
PETALING JAYA: Tiga individu termasuk seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) direman hingga Jumaat ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata permohonan reman itu dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan, lapor Berita Harian.
“Permohonan reman dibuat hari ini dan (perintah) reman sudah diperoleh selama empat hari,” katanya yang dipetik sebagai berkata.
Semalam dilaporkan, SPRM menahan seorang pegawai kanan DBKL dan dua kontraktor dipercayai berkait perolehan membabitkan sebuah projek teknologi maklumat (IT)
Pegawai yang menjawat jawatan lima teratas DBKL itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya petang semalam.