
Bantuan dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) Prime itu disampaikan Pengerusi Norliza Abdul Rahim bersama Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid di kediaman pelajar itu Ahmad Fadli Baharudin di Taman Gasing, Jejawi, Perlis.
Program Ziarah Kasih Simpan SSPN itu berlangsung 2 Ogos lalu.
Ahmad Fadli Baharudin berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dengan ibu terlantar sakit serta tidak mampu untuk bekerja manakala bapanya telah meninggal dunia.
Dia memperoleh 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan layak pengajian di IPG Kampus Raja Melewar.
Norliza berkata pihaknya berbesar hati dapat membantu pelajar itu dalam meneruskan pengajian dan bukti komitmen untuk menyokong pelajar yang berpotensi untuk terus maju dalam kehidupan.
“PTPTN berpeluang bukan sahaja menyantuni keluarga kurang berkemampuan, malah membawa keceriaan di samping memberi dorongan kepada pelajar agar terus tekun menimba ilmu,” katanya.