Kes buli: 6 pelajar bebas dengan jaminan polis

Kes buli: 6 pelajar bebas dengan jaminan polis

Media melaporkan enam pelajar Tingkatan Empat ditahan Selasa lalu selepas seorang pelajar Tingkatan Tiga mendakwa dipukul dan dilondehkan seluar.

Ketua Polis Pasir Mas Kama Azural Mohamed berkata tempoh reman enam pelajar itu tamat hari ini dan mereka dibebaskan sementara menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Enam pelajar Tingkatan Empat yang direman berhubung kes buli di sebuah sekolah di Pasir Mas, Kelantan dibebaskan dengan jaminan polis pagi ini.

Ketua Polis Pasir Mas, Kama Azural Mohamed, berkata mereka dibebaskan sementara menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan.

“Tempoh tahanan reman untuk enam pelajar itu berakhir hari ini dan kita bebaskan dengan jaminan polis terlebih dahulu,” katanya menurut Harian Metro.

Sebelum ini, media melaporkan enam pelajar Tingkatan Empat ditahan Selasa lalu selepas seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga mendakwa dipukul sehingga cedera dan dilondehkan seluar.

Semua remaja lelaki itu direman enam hari.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.