
Sinar Harian yang memetik sumber melaporkan, kedua -dua suspek disyaki bersubahat memindahkan wang terbabit ke dalam akaun syarikat salah seorang mereka bagi tujuan pelaburan dan peribadi.
“Pada 25 April lalu, kedua-dua suspek telah disambung reman lima hari dan hari ini mereka telah dilepaskan sebaik tempoh reman tamat,” katanya.
Pengarah SPRM Selangor Mohd Azwan Ramli yang dihubungi, mengesahkan perkara itu.
Kedua-dua suspek berusia sekitar 50 dan 60an sebelum ini direman empat hari bermula 22 April bagi membantu siasatan.
Media sebelum ini melaporkan penahanan kedua-dua individu di sekitar Lembah Klang pada 21 April lalu.